Wednesday, June 25, 2008

Tafsir at-Tobari

تفسير الطبري – جامع البيان عن تأويل آي القرآن

تقريب و تهذيب لإمام المفسرين والمؤرخين

أبي جعفر محمد بن جرير الطبري ( 224 – 310 هـ )

Tafsir at-Tobari : Taqrib wa Tahzib

Pengarang :

Dr Solah ‘Abdul Fattah al-Kholidi

Takhrij Hadith :

Ibrahim Muhammad Aal ‘Ali

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1418 H – 1997 M )

Dar al-Qalam – Dimasyq, ad-Dar asy-Syamiyyah - Beirut

Jilid :

7 Jilid

( Indeks disediakan di setiap penghujung jilid )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah khidmat Dr Solah terhadap kitab tafsir terulung dan terawal , Tafsir at-Tobari. Khidmat beliau yang bukan kecil ini memberi manfaat kepada para penuntut untuk memanfaatkan tafsir Imam at-Tobari semaksimum mungkin tanpa perlu risau tentang sumber-sumber athar dan hadith yang disusun oleh Imam at-Tobari. Antara usaha beliau, meringkaskan tafsir ini dan mengeluarkan yang penting dan utama dalam riwayatnya. Tidak semua tafsir yang Ma’thur dimasukkan dan sanad tidak disertakan selengkapnya seperti yang diamalkan oleh Imam at-Tobari. Begitu juga hanya hadith-hadith yang sohih dikekalkan dan beliau mengelakkan dari memasukkan riwayat Israiliyyat . Selain itu, beliau berusaha menjadikan pembacaan tafsir ini mudah difahami dengan menjelaskan ayat dan kalimah yang digunakan Imam Tobari.

Ciri-ciri Khas :

Kitab tafsir ini adalah tafsir silam, dengan uslub dan susunan tajuk asal sejak ratusan tahun dahulu namun dibentangkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang terkini.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; jangan lepaskan peluang sekiranya anda menuntut di Jordan untuk bertemu dengan pengarang kitab ini di Sweileh, ‘Amman. Beliau cukup iltizam dengan mendidik umat Islam malah komited dalam penulisan tafsir yang bersifat semasa dan haraki.

Harga :

JD 29.500 sahaja !

at-Tafsir al-Wasit

التفسير الوسيط

At-Tafsir al-Wasith

Pengarang :

Al-Ustaz ad-Doktor Wahbah az-Zuhaili

Cetakan & Edaran :

Cetakan Ketiga ( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Fikir al-Mu’asir - Lubnan & Darul Fikir - Syria

Jilid :

4 Jilid

( indeks diletakkan berasingan dalam jilid ke-4 )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah tafsir khusus yang merupakan himpunan dari kelas tafsir penulis di radio Syria sekitar tahun 1992 – 1998 M. Dalam kitab ini, terdapat beberapa kelebihan berbanding kitab tafsir lain susunan penulis seperti terdapat tafsir beberapa ayat yang tidak dinyatakan dalam kitabnya yang lain. Selain itu turut dimasukkan penerangan beberapa perkataan yang sukar, bersama penerangan pertembungan tafsir disebabkan Asbab an-Nuzul. Selain itu, setiap ayat atau himpunan beberapa ayat akan diletakkan tajuk dan muqaddimah.

Ciri-ciri Khas :

Kertas putih dan berwarna.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; penulis kitab ini telah membahagikan kitab tafsir tafsir karangannya kepada 3 peringkat; at-tafsir al-Munir : untuk mereka yang berkepakaran dalam tafsir dan menguasai ilmu ini. Kedua, Tafsir al-wajiz : untuk bacaan umum. Dan tafsir ini : Untuk golongan pertengahan dalam pengajian ilmu berkaitan Islam dan tidak semestinya berkepakaran dalam tafsir namun ada asas yang lengkap dalam ilmu Syari’ah.

Harga :

JD 17.000 sahaja !

al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami

الوجيز في الفقه الإسلامي

Al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami

Pengarang :

Al-Ustaz ad-Doktor Wahbah az-Zuhaili

Cetakan & Edaran :

Cetakan Kedua ( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Fikr , Dimasyq

Jilid :

3 Jilid ( Indeks Hadith dan tajuk hanya terdapat dalam jilid ke-3 )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah UMPAMA ringkasan kepada kitab pengarang sebanyak sebelas jilid iaitu Feqh al-Islami wa Adillatuh. Kitab ini adalah merupakan kaedah penulisan Feqh Islam berdasarkan konsep Fiqh an-Nas yang berteraskan kepada hukum berdasarkan dalil al-Qur’an dan as-Sunnah. Kemudian setiap tajuk dan perbincangan Feqh akan dikaitkan dengan Maqasid dan kaedah-kaedah Feqh yang muktabar sesuai dengan konsep yang ingin beliau terapkan iaitu Feqh al-Mabadi’ wal Maqasid.

Ciri-ciri Khas :

Hadith-hadith dalam kitab ini bertahqiq dan bertakhrij, di samping kertas yang berkualiti tinggi dan cetakan yang jelas.

Perhatian :

Kitab ini bukanlah ringkasan sepenuhnya kepada Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Setiap dari kitab berkenaan mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri. Namun kitab ini sesuai dijadikan sandaran dan rujukan umum dalam masalah-masalah Feqh tanpa terikat dengan perbincangan furu’ yang menjela-jela.

Harga :

JD 15.750 sahaja !

al-Muwafaqat fi Usul asy-Syari'ah

الموافقات

في أصول الشريعة

Al-Muwafaqat fi Usul asy-Syari’ah

Pengarang :

Abi Ishaq asy-Syatibi ; Ibrahim bin Musa al-Lakhmiy al-Ghirnati al-Maliki ( wafat 790 H )

Tahqiq, Takhrij & Syarah :

Asy-Syeikh ‘Abdullah Waraz , Ulamak Dimyat

Cetakan & Edaran :

( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Hadith , Kaherah

Jilid :

2 Jilid

( yang merangkumi 4 Juzu’ , terdapat indeks tajuk di penghujung setiap juzu’ )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah kitab Usul Feqh yang cukup terkenal di kalangan sarjana Islam. Kitab ini juga tidak bersifat mengulas usul fiqh di sisi mazhab tertentu, Mazhab Hanafi atau Syafi’e , sebaliknya berusaha untuk menghimpunkan kaedah usul dan maqasid Syari’ah secara keseluruhannya.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini disertakan dengan syarah yang terperinci oleh as-Syeikh ‘AbduLLAH Daraz. Selain itu kitab ini berwarna, penulisan yang jelas dan kemas.

Perhatian :

Kitab ini telah disertakan dengan syarah yang terperinci namun anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai asas dalam ilmu usul feqh kerana kupasan-kupasan ilmu ini bukan boleh difahami secara bacaan sahaja. Bacalah muqaddimah kitab ini untuk memahami matlamat penulisan dan kebijaksanaan beliau menyusun dan membentangkan maksud kitabnya.

Harga :

JD 7.750 sahaja !

Tuesday, June 24, 2008

al-Majmu' Syarah al-Muhazzab

المجموع شرح المهذب

Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab

Pengarang :

Al-Imam Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi ( wafat 676 H )

Tahqiq & Ta’liq :

Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud, Dr Majdi Surur Baslum, Dr Ahmad ‘Isa Hasan al-Mi’sorowi, Dr Ahmad Muhammad ‘Abdul ‘Aal, Dr Husin ‘Abdurrahman Ahmad, Dr Badwi ‘Ali Muhammad Sayyid, Dr Muhammad Ahmad ‘Abdullah, Dr Ibrahim Muhammad ‘Abdul Baqi

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1428 H – 2007 M )

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Beirut , Lubnan

Jilid :

27 Jilid

( jilid 1 – 10 adalah kitab syarah al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi sendiri, manakala bakinya; jilid 11 – 27 adalah Takmilah, sambungan syarah yang disempurnakan oleh ulamak-ulamak lain seperti al-Imam Taqiyuddin Abi al-Hasan ‘Ali bin ‘Abdul Kafi as-Subki – wafat 786 H – untuk jilid 11 & 12 , al-Qadhi Dhiya’ ad-Din Abi ‘Amru al-Marani – wafat 602 H – untuk jilid 15, 22 & 23. Manakala jilid berbaki disyarahkan oleh himpunan pentahqiq kitab ini. Namun Takmilah ini secara umumnya bersandarkan kepada Takmilah yang disediakan oleh asy-Syeikh Muhammad Najib al-Muthi’ie RahimahuLLAH )

Penerangan Kitab :

Kitab ini sebenarnya boleh dikatakan satu usaha dan khidmat yang besar dalam penulisan dan penyusunan semula Fiqh Islam. Secara umumnya kitab ini adalah syarah kepada kitab Muhazzab yang merupakan kitab Fiqh dalam mazhab asy-Syafi’e. Namun usaha yang dicurahkan 8 pentahqiq kitab ini adalah luar biasa dan cukup menguntungkan para pembaca. Pembaca kitab ini akan dapat memahami dan menghayati perbahasan feqh oleh ulamak silam dalam versi moden, dengan contoh-contoh dan rujukan terkini beserta himpunan pendapat-pendapat, keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa terkini ulamak.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini berwarna, cetakan yang jelas dan cantik. Lebih sistematik dan teratur serta memudahkan membuat rujukan. Banyak maklumat-maklumat baru dan pendekatan penulisan fiqh moden dan silam. Dalam jilid pertama kitab, para pentahqiq telah menyediakan maklumat asas fiqh dan usul feqh, serta pengenalan tentang ulamak-ulamak Islam dalam bidang feqh.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; anda perlu hadam dan meneliti sepenuhnya muqaddimah kitab ini yang menerangkan khusus tentang al-Majmu’. Penerangan ini terdapat mulai halaman 192 – 235, jilid 1.

Harga :

JD 129.250 sahaja !